KES TIKAM PELAJAR PEREMPUAN: REMAJA LELAKI DIDAKWA MEMBUNUH
Seorang remaja lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pelajar perempuan berumur 16 tahun di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya pada 14 Okt lepas.
PETALING JAYA: Seorang remaja lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pelajar perempuan berumur 16 tahun di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya pada 14 Okt lepas.
Tiada pengakuan direkodkan daripada remaja berusia 14 tahun itu kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Remaja itu didakwa membunuh mangsa di bilik tandas pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah kebangsaan di Bandar Utama di sini antara 9.20 hingga 9.35 pagi.
Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun, dan hendaklah dikenakan hukuman sebat tidak lebih 12 sebatan, jika tidak dihukum gantung.
Prosiding dijalankan secara tertutup di hadapan Majistret Amira Sariaty Zainal dan hanya keluarga remaja berkenaan dibenarkan berada di bilik bicara kerana melibatkan kes juvana.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin manakala peguam Anwar Ezzad Zainal mewakili remaja itu.
Mahkamah menetapkan 21 Nov untuk sebutan kes.
Terdahulu, remaja lelaki berkenaan tiba di mahkamah kira-kira 8.50 pagi dengan menaiki van polis.
Dalam kejadian 14 Okt lepas, pelajar perempuan berkenaan ditemukan meninggal dunia di dalam tandas di sekolah itu, selepas disyaki ditikam berulang kali oleh remaja lelaki yang juga pelajar di sekolah sama.
Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar dilaporkan berkata laporan awal bedah siasat yang dijalankan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) mendapati punca kematian mangsa disebabkan jumlah tikaman berulang kali pada bahagian dada dan leher.
Dalam prosiding secara tertutup itu, mahkamah turut memerintahkan supaya remaja berusia 14 tahun itu menjalani pemeriksaan mental di Hospital Bahagia Ulu Kinta di Tanjung Rambutan, Perak.
Perkara itu diputuskan selepas mahkamah membenarkan permohonan peguam Kitson Foong selaku amicus curiae atau sahabat mahkamah supaya remaja berkenaan dinilai oleh pihak pakar perubatan.
Semasa ditemui media di luar mahkamah, Foong yang membantu Anwar Ezzad berkata permohonan itu dibuat mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.
Beliau berkata permohonan itu dibuat bagi memastikan remaja berkenaan menerima rawatan sewajarnya.
“Pemeriksaan psikiatri perlu bagi memastikan sama ada dia mampu membuat pengakuan dan memahami pertuduhan dihadapi,” katanya selepas prosiding hari ini.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests