Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WANITA MAUT, SUAMI DAN DUA ANAK CEDERA DALAM NAHAS LIMA KENDERAAN

DALAM NEGARA

WANITA MAUT, SUAMI DAN DUA ANAK CEDERA DALAM NAHAS LIMA KENDERAAN

Seorang wanita maut manakala suami dan dua anaknya cedera selepas motosikal dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan melibatkan lima buah kenderaan di Jalan Kampung Kayan, dekat Sitiawan pagi tadi. 

Sumber: JBPM Perak

IPOH: Seorang wanita maut manakala suami dan dua anaknya cedera selepas motosikal dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan melibatkan lima buah kenderaan di Jalan Kampung Kayan, dekat Sitiawan pagi tadi. 

Pemangku Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Shazlean Mohd Hanafiah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.19 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Honda yang sebelum itu terbabas di bahu jalan. Wanita serta suami dan dua anaknya yang menaiki motosikal jenis SYM cuba membantu pemandu kereta berkenaan (yang terbabas) sebelum dilanggar sebuah lori.

“Kemalangan itu turut melibatkan sebuah Toyota Hilux dan motosikal Honda EX5,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shazlean berkata pemandu lori dan penunggang motosikal EX5 mengalami kecederaan akibat kemalangan itu manakala mangsa yang menaiki kereta Honda dan Toyota Hilux disahkan selamat.

“Mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading