Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI MAUT, WANITA CEDERA DALAM KEJADIAN POKOK TUMBANG DI IBU KOTA 

DALAM NEGARA

LELAKI MAUT, WANITA CEDERA DALAM KEJADIAN POKOK TUMBANG DI IBU KOTA 

Seorang lelaki maut manakala seorang wanita cedera selepas kereta dipandu mereka dihempap pokok tumbang dalam kejadian berasingan di ibu kota susulan ribut dan hujan lebat petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur memaklumkan kejadian membabitkan mangsa maut berlaku di Persiaran Dutamas, Taman Duta, Kuala Lumpur.

Sumber: Media Sosial

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki maut manakala seorang wanita cedera selepas kereta dipandu mereka dihempap pokok tumbang dalam kejadian berasingan di ibu kota susulan ribut dan hujan lebat petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur memaklumkan kejadian membabitkan mangsa maut berlaku di Persiaran Dutamas, Taman Duta di sini.

“Mangsa lelaki berusia lingkungan 40-an disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai Kementerian Kesihatan (KKM),” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, seorang wanita berusia 30-an cedera selepas kereta dipandu dihempap pokok tumbang di Jalan Metro Prima, Kepong Baru. 

Menurut JBPM Kuala Lumpur pihaknya menerima panggilan kecemasan antara 4 petang hingga 5.30 petang tadi berhubung kejadian pokok tumbang di beberapa kawasan sekitar ibu kota susulan cuaca buruk.

“Pasukan bomba telah dikerahkan ke beberapa lokasi terjejas bagi menjalankan kerja penyelamatan, pembersihan serta pemotongan pokok tumbang bagi memastikan keselamatan kawasan awam terjamin,” menurut kenyataan itu.

Kesemua insiden telah ditangani oleh pasukan bomba Kuala Lumpur dan situasi berjaya dikawal serta kerja pembersihan dilaksanakan dengan segera di semua lokasi terjejas.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading