Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

“KITA TIDAK BOLEH BIARKAN PENDUDUK GAZA KEBULURAN” – PM UK

DUNIA

“KITA TIDAK BOLEH BIARKAN PENDUDUK GAZA KEBULURAN” – PM UK

Perdana Menteri Britain pada Selasa menyifatkan penderitaan kanak-kanak tidak berdosa yang terus menjadi mangsa pengeboman sebagai “sama sekali tidak dapat diterima”, sambil menegaskan bahawa “kita tidak boleh biarkan rakyat Gaza kebuluran.”

Gambar FAIL (AFP)

LONDON: Perdana Menteri Britain pada Selasa menyifatkan penderitaan kanak-kanak tidak berdosa yang terus menjadi mangsa pengeboman sebagai “sama sekali tidak dapat diterima”, sambil menegaskan bahawa “kita tidak boleh biarkan rakyat Gaza kebuluran.”

“Saya ingin menyentuh mengenai situasi mengerikan di Gaza, apabila tahap penderitaan – kanak-kanak tidak berdosa terus dibom – adalah sama sekali tidak dapat diterima,” kata Keir Starmer di Dewan Rakyat semasa menyampaikan ucapan mengenai “perjanjian penyelarasan semula” negara itu dengan EU, lapor Anadolu Ajansi.

Beliau sekali lagi menegaskan pendirian UK yang menolak sebarang penempatan haram di Tebing Barat dan menekankan tuntutan Britain agar bantuan kemanusiaan ke Gaza ditingkatkan secara besar-besaran.

“Saya ingin menegaskan hari ini yang kami amat terkejut dengan peningkatan kekerasan yang dilakukan oleh Israel,” katanya.

Merujuk kepada pengumuman terbaru oleh kerajaan Israel yang hanya membenarkan jumlah bantuan asas memasuki Gaza, Starmer menyifatkan tindakan itu sebagai “amat tidak mencukupi.”

“Kita tidak boleh membiarkan penduduk Gaza kebuluran,” tegas Starmer.

Tentera Israel terus menolak seruan antarabangsa untuk gencatan senjata dan meneruskan serangan kejam terhadap Gaza sejak Oktober 2023, yang mengorbankan hampir 53,500 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading