Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

REMAJA MAUT MOTOSIKAL LANGGAR LORI SIMEN

DALAM NEGARA

REMAJA MAUT MOTOSIKAL LANGGAR LORI SIMEN

Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal ditunggang terlibat dalam kemalangan membabitkan lori simen di Jalan Kapar, Klang, pada Selasa.

Sumber Gambar: Media Sosial

SHAH ALAM: Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal ditunggang terlibat dalam kemalangan membabitkan lori simen di Jalan Kapar, Klang, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Klang Utara S. Vijaya Rao berkata dalam kejadian pada 4.35 petang itu lori dipandu lelaki tempatan berusia 44 tahun tersebut hendak membuat pusingan U dari arah Jalan Kapar.

Beliau berkata mangsa yang datang dari arah belakang dipercayai tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian tepi kenderaan berat tersebut.

“Akibat kemalangan itu, mangsa berusia 17 tahun meninggal dunia di tempat kejadian dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Vijaya turut memohon orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan itu untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Insp Ahmad Fadzli Abdullah di talian 017-5843860 atau mana-mana balai terdekat bagi membantu siasatan.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading