KLUSTER TABLIGH HANYA TINGGAL SATU KES

Last Updated on

KUALA LUMPUR: Kluster terbesar COVID-19 negara yang melibatkan perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling kini berjaya dikurangkan kepada satu kes sahaja hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pengurangan itu adalah satu kejayaan besar hasil kerjasama padu pelbagai pihak.

“Kita harap dalam masa terdekat mungkin dalam tempoh seminggu dua kita akan tamatkan pengawasan dan juga pemantauan kluster COVID-19 dalam kalangan perhimpunan Masjid Sri Petaling,” kata Noor Hisham pada sidang media perkembangan COVID-19 di Putrajaya.

Noor Hisham turut memuji jemaah tabligh terlibat yang tampil memberi kerjasama yang baik dalam menjalani ujian saringan COVID-19.

Dalam pada itu hanya lima kes baharu dilapor hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 8,668 kes.

Sebanyak 11 kes sembuh baharu hari ini menjadikan jumlah kes aktif juga kekal rendah iaitu 79 kes. – AlHijrah Online

Leave a Reply