Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TUNTUTAN ZAKAT PALSU, LELAKI DIREMAN 6 HARI

DALAM NEGARA

TUNTUTAN ZAKAT PALSU, LELAKI DIREMAN 6 HARI

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki berusia 59 tahun yang juga pengerusi sebuah pertubuhan anak yatim direman enam hari kerana disyaki mengemukakan dokumen permohonan wang zakat yang mengandungi butiran palsu.

Perintah tahanan reman sehingga 11 Julai itu dikeluarkan Majistret, Wan Aziantie Wan Ab Karim, di Kuala Terengganu.

Suspek dikatakan melakukan permohonan yang mengandungi butiran tuntutan palsu kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).

Jumlah tuntuan zakat palsu itu dilaporkan berjumlah RM116,640.

Suspek dikatakan melakukan kesalahan itu pada tahun 2018.

Lelaki tersebut ditahan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu semalam ketika hadir memberi keterangan. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading