Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KOMPLEKS PUSAT ISLAM JALANI PROSES NYAHKUMAN – JAWI

DALAM NEGARA

KOMPLEKS PUSAT ISLAM JALANI PROSES NYAHKUMAN – JAWI

KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melaksanakan kerja nyahkuman di Bangunan JAWI, Kompleks Pusat Islam di sini pagi ini.

Kerja pembersihan itu turut membabitkan kawasan Pusat Penyiaran Digital TV AlHijrah yang berada di kompleks sama.

JAWI dalam kenyataannya hari ini berkata proses pembersihan dan pembasmian itu membabitkan kawasan tumpuan awam seperti kaunter utama, pejabat, pos kawalan keselamatan dan kawasan kerap dikunjungi orang ramai.

Proses nyahkuman itu membabitkan 40 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur diketuai oleh Pengarahnya, Nordin Pauzi.

Turut hadir menyaksikan operasi Pengarah JAWI, Mohd Ajib Ismail.

Kerja-kerja pembasmian kuman ini penting demi memastikan kawasan dan kaunter perkhidmatan yang sering dikunjungi orang awam bebas dari wabak Covid-19, kata kenyataan itu. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading