KOMPLEKS RAWATAN HARIAN HTAR KEMBALI BEROPERASI ISNIN INI

KLANG: Kompleks Rawatan Harian (ACC) Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini, akan kembali beroperasi pada Isnin ini.

Sebelum ini, ACC telah dijadikan wad sementara bagi menempatkan pesakit COVID-19.

Pengarah HTAR, Dr Zulkarnain Mohd Rawi berkata, ACC akan dibuka secara berperingkat dan mungkin sepenuhnya jika trend kemasukan pesakit COVID-19 berkurangan dan menurun.

“Kita sedang mengatur supaya klinik ini dapat berfungsi seperti sebagaimana sebelum COVID-19 dulu,” katanya.

Proses sanitasi dan dekontaminasi ACC telah dijalankan di HTAR selama dua hari bermula semalam oleh pasukan Bomba dan Penyelamat Seri Andalas dan Pelabuhan Klang serta Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) Shah Alam.—AlHijrah Online

Leave a Reply