Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KONTAK RAPAT KLUSTER SIVAGANGGA: SURAU DI SHAH ALAM DIARAH TUTUP

DALAM NEGARA

KONTAK RAPAT KLUSTER SIVAGANGGA: SURAU DI SHAH ALAM DIARAH TUTUP

Kenyataan JAIS bertarikh 7 Ogos 2020

SHAH ALAM: Operasi harian Surau Al Jannah, di Seksyen 23 Shah Alam termasuk solat fardhu Jumaat, solat lima waktu berjemaah dan aktiviti pengimarahan yang lain dihentikan sementara.

Ia berikutan terdapat ahli jemaah yang dipercayai mempunyai kontak rapat dengan individu yang disahkan positif COVID-19 dari kluster Sivagangga.

Menerusi satu kenyataan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berkata, penutupan itu sebagai langkah pencegahan awal bagi mengekang penularan jangkitan.

JAIS turut mengarahkan jawatankuasa surau menutup semua operasi surau. Bagaimanapun hanya tiga orang petugas jawatankuasa sahaja dibenarkan untuk memimpin solat fardlhu di surau berkenaan.

Selain itu, operasi sekolah KAFA Integrasi Al Jannah juga ditutup berkuat kuasa serta merta.

“Jawatankuasa surau hendaklah memastikan individu berkenaan menjalankan saringan ujian COVID-19 dan melaporkan keputusan saringan kepada JAIS.

Pengarah, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)

Proses sanitasi, kata kenyataan itu hendaklah dilakukan serta merta di seluruh kawasan surau dan sekolah KAFA.

Surau Al Jannah hanya boleh beroperasi semula setelah mendapat kebenaran oleh JAIS. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading