“TERIMA KASIH PERTUBUHAN KASIH NEELOFA” – KAKITANGAN TV ALHIJRAH

Daging korban sumbangan Pertubuhan Kasih Neelofa buat kakitangan TV AlHijrah

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kasih Neelofa hari ini mengagihkan 200 bungkusan daging lembu korban kepada kakitangan TV AlHijrah. 

Ia sebahagian daripada 202 ekor lembu yang dikorbankan menerusi program Qurban Kasih Neelofa Aidiladha dan diagihkan kepada mereka yang memerlukan di seluruh negara.

Timbalan Pengerusi (2) Pertubuhan Kasih Neelofa, Tina Noor Mohamed berkata beberapa siri pengagihan daging korban sudah dijalankan sejak 31 Julai lalu di beberapa negeri, antaranya Kelantan,  Terengganu, Pahang, Johor, Selangor, Kedah, Perlis, Sabah dan Sarawak.

Ia akan memasuki agihan terakhir esok di tiga zon di Perak.

“Dengan keadaan COVID-19 kita ambil inisiatif untuk uruskan penyembelihan dan pengagihan kepada golongan asnaf, fakir dan juga anak yatim”.

Tina Noor Mohamed
Timbalan Pengerusi (2) Pertubuhan Kasih Neelofa

Tambah beliau, pertubuhan itu bekerjasama dengan pelbagai pihak yang berpengalaman dalam mengurus serta melaksana ibadah korban bagi memastikan agihan tersebut sampai kepada golongan sasar.

Sementara itu, Koordinator Pertubuhan Kasih Neelofa, Shada Mohd Noh berkata, pihaknya menzahirkan kesyukuran kerana dapat melaksanakan amanah peserta ibadah korban.

Kakitangan TV AlHijrah berbesar hati menerima sumbangan daripada Pertubuhan Kasih Neelofa

202 ekor lembu disembelih secara berperingkat bagi menjaga penjarakan dan prosedur operasi standard yang ditetapkan. Satu bahagian lembu dikenakan bayaran sebanyak RM750.

202 ekor lembu disembelih secara berperingkat

Ia hasil sumbangan dan derma individu serta pelbagai syarikat membabitkan jumlah keseluruhan  sebanyak RM1 juta bagi menjayakan program amal berkenaan. – AlHijrah Online / Siti Baizura Shafiee

Leave a Reply