KONVOI JELAJAH PEDULI UMMAH MAPIM KE UTARA NEGARA

KUALA LUMPUR: Program Konvoi Jelajah Peduli Ummah Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) bergerak ke negeri-negeri di utara negara bermula semalam hingga 23 Mei ini dalam usaha membantu kelompok terjejas akibat COVID-19.

Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM, Dr Ahmad Sani Arabi Al-Kahery berkata, berkata konvoi berskala besar disertai 20 kenderaan termasuk bas Ummah Mobile Clinic akan meneruskan bantuan kepada kelompok terjejas terutamanya peniaga kecil dan mereka yang kehilangan pekerjaan.

Empat negeri terbabit adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. — AlHijrah Online

Leave a Reply