9,356 KES KORONAVIRUS, 213 KEMATIAN DILAPORKAN DI CHINA

MOSCOW: Jumlah individu dijangkiti novel koronavirus di seluruh China mencecah 9,356 orang dan 213 kematian dicatatkan, demikian lapor agensi berita Sputnik memetik media China hari ini.

Lebih 1,200 kes baharu direkodkan di 17 bandar raya China dalam tempoh 24 jam lalu, demikian lapor akhbar South China Morning Post.

Virus baharu itu dikesan pada Disember lalu di Wuhan, China dan merebak ke 19 negara.

Semalam, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytihar darurat kesihatan global ekoran kebimbangan antarabangsa mengenai penularan virus itu. — AlHijrah Online/BERNAMA

Leave a Reply