Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KORONAVIRUS: OPERATOR PENGANGKUTAN AWAM DIMINTA TINGKATKAN TAHAP KEBERSIHAN DI TERMINAL

DALAM NEGARA

KORONAVIRUS: OPERATOR PENGANGKUTAN AWAM DIMINTA TINGKATKAN TAHAP KEBERSIHAN DI TERMINAL

PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan telah mengarahkan kesemua operator pengangkutan awam untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan meningkatkan tahap kebersihan bagi mencegah penularan Novel Koronavirus 2019 (2019-nCoV), kata menterinya Anthony Loke Siew Fook. 

Beliau berkata dalam mesyuarat pasca Kabinet semalam, semua agensi di bawah kementeriannya telah diarahkan untuk menyediakan cecair pembasmi kuman tangan selain memastikan kebersihan tempat pengangkutan awam sentiasa terjaga. 

“Semua pihak ada tanggungjawab dalam mencegah koronavirus. Setakat ini Kementerian Pengangkutan mendapat kerjasama yang baik dari semua pihak,” katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra Tahun Baharu Cina dan perhimpunan bulanan kementerian di sini hari ini. 

Jelas Loke, terminal pengangkutan awam yang dikendalikan pihak swasta juga disarankan mengambil langkah yang sama sementara di lapangan terbang langkah meningkatkan kebersihan sudah diambil.

Sehingga Khamis, jumlah keseluruhan kes positif koronavirus di Malaysia ialah 14 kes melibatkan 10 warganegara China dan empat rakyat tempatan. — BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading