KPM AKAN TAMBAH BAIK PROSES PEMBAYARAN WANG BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN
Kementerian Pendidikan (KPM) akan menambah baik proses pembayaran wang bantuan awal persekolahan termasuk memasukkan terus ke dalam akaun bank murid atau ibu bapa mereka supaya lebih selamat dan menjimatkan masa.
NIBONG TEBAL: Kementerian Pendidikan (KPM) akan menambah baik proses pembayaran wang bantuan awal persekolahan termasuk memasukkan terus ke dalam akaun bank murid atau ibu bapa mereka supaya lebih selamat dan menjimatkan masa.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata pihaknya juga mengambil maklum semua cadangan yang dikemukan pelbagai pihak berhubung proses pembayaran wang bantuan awal persekolahan itu sebanyak RM150 bagi setiap murid.
“Kita ambil maklum semua cadangan cuma proses pembayaran bantuan awal persekolahan itu ada prosedur operasi standard (SOP) dan bahagian kewangan telah tentukan bagaimana proses itu berlaku.
“Setakat ini kita kekalkan dulu dengan proses yang sedia ada tapi kami akan tambah baik dari semasa ke semasa…termasuk cadangan pembayaran terus ke akaun mereka (murid atau ibu bapa) pada tahun-tahun hadapan,” katanya kepada pemberita di sini malam tadi.
Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal ditemui selepas menyampaikan sumbangan Tahun Baharu Cina kepada 103 warga emas di Perkampungan Jawi, di sini yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jawi Jason H’ng Mooi Lye.
Fadhlina berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan daripada bekas Menteri Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin yang mahu pembayaraan bantuan awal persekolahan seeloknya dimasukkan terus ke dalam akaun bank murid supaya lebih selamat dan menjimatkan masa.
Radzi dilaporkan berkata cadangan itu supaya isu samun melibatkan wang berkenaan tidak berulang lagi pada masa depan, malah pendekatan memasukkan terus bantuan berkenaan ke akaun bank murid atau ibu bapa dapat meningkatkan produktiviti dan menjimatkan masa banyak pihak.
Mengulas lanjut, Fadhlina berkata ketika ini pihaknya masih perlu melakukan proses pemberian wang bantuan awal persekolahan itu secara bersemuka kerana mengambil kira terdapat ibu bapa yang tiada akaun bank.
“Memang ada makluman ibu bapa yang tiada akaun bank sebab itu kita masih guna cara kovensional ini tapi kita ambil maklum cadangan-cadangan yang dikemukan untuk tambah baik perkara itu demi kepentingan semua,” katanya.
Isu cara pembayaran bantuan awal persekolahan timbul selepas seorang guru besar berputih mata apabila wang bantuan awal persekolahan berjumlah RM109,000 yang diperuntukkan untuk sebuah sekolah di Beranang, Selangor hilang selepas dilarikan individu yang memecah tingkap kenderaannya di Semenyih dalam kejadian 10 pagi Isnin lepas.
Menurut Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan, berdasarkan keterangan guru besar terbabit, mangsa yang berpengalaman 10 tahun mengendalikan transaksi pengeluaran wang tidak membuat sebarang permohonan polis pengiring kerana sudah biasa melakukan sebegitu.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Jemaah Menteri baru-baru ini mempersetujui syor menempatkan anggota polis di stesen minyak untuk memperkasakan pemantauan dan penguatkuasaan berikutan peningkatan...
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.