Kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Roziela Zakaria (kiri) bersama Norizan Omar menunjukkan aplikasi ‘MyRailtime’ yang baharu dilancarkan di KL Sentral hari ini. – Foto Bernama
KUALA LUMPUR – Sebagai menyahut
cabaran digital dalam era sumber maklumat sentiasa berada di hujung jari,
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) melancarkan aplikasi ‘MyRailtime’ bagi
membantu orang ramai menyemak jadual perjalanan, waktu ketibaan dan pelepasan
perkhidmatan KTM Komuter di Lembah Klang dan Tanjung Malim mengikut waktu
sebenar.
Sinar Harian yang memetik laporan
Bernama menyebutkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata
aplikasi yang boleh dimuat turun menerusi telefon pintar sama ada Google Play
Store dan IOS lain itu dijangka memudahkan penumpang menyemak jadual perjalanan
kereta api mengikut masa sebenar (real-time) bermula dengan perkhidmatan KTM
Komuter.
“Penggunaan aplikasi ini
membolehkan pengguna mendapatkan maklumat tepat mengenai masa pelepasan dan
ketibaan tren KTM Komuter terutama bagi mereka yang menggunakan kemudahan
pengangkutan awam berkenaan setiap hari.
“Kita juga bercadang
memperluaskan penggunaan sistem digital dalam pengoperasian tren serta
penyediaan kemudahan nilai tambah seperti wifi dalam tren Skypark Link dan ETS,
mod pembayaran tanpa tunai bagi KTM Komuter di Lembah Klang sejak 10 Sept
lalu,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran MyRailtime di KL Sentral
di sini, hari ini.
Turut hadir Ketua Pegawai
Eksekutif KTM Berhad Mohd Rani Hisham Samsudin dan Ketua Pengarah Agensi Pengangkutan
Awam Darat (APAD) Azlan Shah Al Bakri.
Loke berkata langkah itu selari
dengan hasrat dan aspirasi kerajaan untuk terus meningkatkan lagi mutu
perkhidmatan pengangkutan awam berasaskan rel.
Dalam pada itu, beliau meminta
orang ramai bersabar dan memahami punca utama kelewatan ketibaan tren KTM
Komuter terutama di Lembah Klang adalah kerana kerja menaik taraf landasan
perkhidmatan rel berkenaan.
Beliau berkata fasa pertama kerja
menaik taraf landasan KTM Komuter berkenaan bakal siap pada pertengahan tahun
hadapan, manakala fasa seterusnya beberapa tahun lagi.
“Keadaan itu menyebabkan kadar
kekerapan dan ketibaan KTM Komuter sekarang menjadi 45 minit sekali berbanding
20 minit sebelum ini.
“Jadi dengan adanya penggunaan
aplikasi ini, saya berharap ia dapat membantu pengguna KTM Komuter merancang
perjalanan masing-masing,” katanya.
Sementara itu, Mohd Rani berkata
untuk fasa seterusnya, KTMB dalam usaha mengemas kini aplikasi tersebut secara
berperingkat agar boleh digunakan bagi tren Komuter Utara, ETS dan KTM
Antarabandar (Intercity).
“Ia akan dikemas kini secara
berperingkat dan dijangka boleh diguna pakai untuk semua perkhidmatan mulai
September ini,” katanya.
Beliau berkata KTMB juga
menyasarkan sekurang-kurangnya satu juta pengguna akan menggunakan aplikasi
tersebut menjelang akhir tahun ini berdasarkan statistik penumpang KTM Komuter,
ETS dan KTM Antarabandar (Intercity).
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager