Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LANGKAH DUBAI: ANWAR NASIHAT TUN M JAGA KESIHATAN

DALAM NEGARA

LANGKAH DUBAI: ANWAR NASIHAT TUN M JAGA KESIHATAN

“Jaga kesihatan”, itu pesanan ringkas Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ditanya berhubung kenyataan terbaru pemimpin berusia 98 tahun itu berhubung isu kerajaan pintu belakang. 

KUALA LUMPUR: “Jaga kesihatan”, itu pesanan ringkas Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ditanya berhubung kenyataan terbaru pemimpin berusia 98 tahun itu berhubung isu kerajaan pintu belakang. 

Perdana Menteri, yang enggan melayan perkara berkenaan, hanya menitipkan nasihat tersebut sambil tersenyum, selepas selesai merasmikan program Wacana Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini hari ini. 

Terdahulu, media melaporkan Dr Mahathir menolak dakwaan beliau terlibat dengan Langkah Dubai yang dikatakan bagi menjatuhkan kerajaan.

Sabtu lepas, Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) Datuk Ismail Yusop dilaporkan mendakwa Langkah Dubai timbul sewaktu percutian pemimpin pembangkang termasuk dari pihak kerajaan di ibu kota Emiriah Arab Bersatu (UAE) baru-baru ini.

Susulan itu, Anwar berkata beliau maklum mengenai Langkah Dubai namun baginya gerakan yang dikatakan untuk menjatuhkan Kerajaan MADANI itu tidak langsung memberi kesan kepada pentadbirannya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading