Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LAPAN PEGAWAI IMIGRESEN DITAHAN SPRM DALAM OP SELAT

DALAM NEGARA

LAPAN PEGAWAI IMIGRESEN DITAHAN SPRM DALAM OP SELAT

Sumber Gambar: NSTP/MOHD FADLI HAMZAH

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan lapan orang pegawai Jabatan Imigresen menerusi Op Selat bulan lepas untuk didakwa di enam mahkamah berasingan pada esok dan Rabu ini.

Menurut sumber, mereka akan dituduh atas kesalahan menerima wang sogokan setelah memperakukan cap keluar dan masuk pasport warga asing tanpa perlu keluar Malaysia.

Selain itu, esok, dua pegawai imigresen masing-masing akan dituduh di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan dan Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor.

Manakala masing-masing seorang di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang, Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor dan Mahkamah Sesyen Melaka.

Seorang pegawai lagi akan dituduh pada Rabu di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, Terengganu.

SPRM telah menjalankan satu operasi khas dengan kerjasama Jabatan Imigresen pada 16 November lepas, yang menyaksikan kejayaan melumpuhkan aktiviti rasuah melibatkan sindiket yang menyalahgunakan pengesahan cap keluar dan masuk sempadan utama negara.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading