LAPAN TERMASUK LIMA KANAK-KANAK TERBUNUH DALAM SERANGAN UDARA RUSIA DI IDLIB

Last Updated on

IDLIB: Sekurang-kurangnya lapan orang awam, termasuk lima kanak-kanak, terbunuh semalam dalam serangan udara Rusia di Idlib di barat laut Syria, kawasan di mana tindakan keganasan adalah dilarang, demikian menurut agensi pertahanan awam tempatan.

Agensi berita Anadolu melaporkan pemantau pesawat penentang Syria berkata, pesawat tempur itu menyerang bandar Saraqib serta Maar Shoreen, Babeela dan Jawbas.

Serangan di Jawbas menyebabkan lapan terbunuh, termasuk lima kanak-kanak, demikian menurut sumber agensi pertahanan White Helmet.

Lebih 1,300 orang awam terkorban dalam serangan di kawasan zon de-eskalasi walaupun perjanjian dicapai antara Ankara dan Moscow pada September 2018.

Lebih sejuta rakyat Syria berpindah ke sempadan Turki ekoran serangan berterusan itu.

Sejak konflik berdarah meletus di Syria pada 2011, Turki menerima lebih 3.6 juta pelarian Syria, menjadikannya negara penerima jumlah pelarian tertinggi di dunia. — Terjemahan AlHijrah Online

Leave a Reply