Setiap umat Islam di Malaysia mempunyai keinginan untuk mengerjakan haji dan umrah jika ada kemampuan terutama dari segi kewangan.
Justeru, persediaan dari segi kewangan sangat penting bagi memastikan setiap orang mampu untuk menunaikan haji dan umrah.
Selain menunaikan haji atau umrah melalui Tabung Haji (TH), umat Islam ada pilihan untuk menunaikan ibadah berkenaan melalui anak syarikat TH atau agensi pelancongan berdaftar dengan TH antaranya TH Travel & Services Sdn Bhd (TH Travel) dan Andalusia Travel & Tour Sdn Bhd (Andalusia).
Jurucakap TH Travel Wilayah Utara, Agus Salim Mustafa, 52, berkata, pihaknya menjanjikan tawaran pakej umrah tanpa kos tersembunyi kepada jemaah bagi memastikan urusan ibadah mereka sempurna tanpa beban kewangan tambahan.
AGUS SALIM MUSTAFA – SUMBER FOTO SINAR HARIAN
Menurutnya, kebanyakan jemaah mengadu sering berdepan masalah kos tersembunyi dalam tawaran pakej umrah murah segelintir agensi pelancongan.
“Sebagai contoh, ada jemaah terpaksa mengeluarkan bayaran tambahan untuk makan tengah hari dan malam disebabkan pakej penginapan hotel hanya melibatkan sarapan.
“Malah, ada pakej umrah murah tidak menyertakan kos tambahan sewa bas untuk program ziarah luar Madinah seperti melawat Jabal Uhud, umrah Jaranah dan umrah Hudaibiyah dan situasi itu akhirnya membebankan jemaah.
“Bagaimanapun, di TH Travel kita akan pastikan setiap jemaah tidak perlu memikirkan permasalahan tambahan apabila menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.
Harga kompetitif Agus Salim berkata, pihaknya akan memastikan keseluruhan pakej yang ditawarkan sangat kompetitif dari segi harga dan mampu dibeli oleh semua lapisan umat Islam.
“Kita memperkenalkan beberapa pakej yang lebih murah, kompetitif dan bersifat mampu beli bagi membolehkan setiap lapisan masyarakat boleh mengerjakan umrah dan haji.
“Walaupun dikategorikan sebagai pakej ekonomi, namun kualiti perkhidmatan tetap sama seperti sebelum ini termasuk kemudahan asas seperti hotel, sajian makan minum, pengangkutan dan bimbingan ibadah.
“Contohnya, bagi pakej umrah, harga terendah setakat ini adalah Pakej Hijra iaitu harga bermula daripada RM5,890. Lingkungan harga pakej itu dikira cukup murah dan mampu oleh setiap lapisan peringkat umat Islam di Malaysia,” katanya.
Menurutnya, TH Travel menawarkan pelbagai kelebihan berbanding agensi pelancongan yang lain antaranya dari segi keselamatan, kualiti, harga dan ibadah yang ditawarkan.
“Dalam aspek mendapatkan visa umrah atau haji, Alhamdulillah setakat ini belum ada jemaah yang terkandas, malah mereka tidak perlu bimbang kerana TH Travel mempunyai lebih 20 petugas tetap di Tanah Suci sebagai pemantau keselamatan jemaah sepanjang berada di sana, selain kami juga mempunyai pejabat tetap di Jeddah.
“Hotel yang disediakan bertaraf empat hingga lima bintang, manakala sajian makanan pula mengikut cita rasa Malaysia dan antarabangsa,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Andalusia, Ida Riswana Idris berkata, sebagai sebuah syarikat yang mendapat pengiktirafan antarabangsa dan Malaysia, Andalusia menawarkan pakej yang terbaik serta berpatutan selain sentiasa mementingkan kepuasan pelanggan.
IDA RISWANA ARIS – SUMBER FOTO SINAR HARIAN
“Kelebihan yang kami ada jarang ditawarkan oleh agensi umrah lain antaranya ketetapan jadual pakej semusim penuh lebih awal, jaminan pakej sama seperti yang dijual kepada pelanggan dari awal musim kerana tiket-tiket penerbangan dan hotel penginapan yang ditempah sudah dibayar sejak awal.
“Barisan pengurusan kami di Makkah dan Madinah serta pegawai dari Malaysia akan bertugas sepenuh masa untuk menjaga kebajikan jemaah sepanjang musim dan bukan mengikut tempoh kumpulan tersebut.
“Lebih istimewa, kami ada kira-kira 300 mutawwif yang kami latih sendiri dengan sistem pengurusan mutawwif. Semua mutawwif Andalusia akan melalui kursus syafawi (lisan) dan tahriri (ujian) setiap kali sebelum musim bermula,” katanya.
Katanya, pertumbuhan agensi umrah berlesen adalah salah satu cara terbaik untuk menangani kes penipuan pakej.
“Orang ramai boleh merujuk portal Kementerian Pelancongan untuk menentukan status setiap agensi umrah. Paling penting, mereka perlu berkunjung dan berurusan terus dengan ibu pejabat atau cawangan agensi tersebut dan bukan melalui ejen atau orang tengah,” katanya.
Agensi pelancongan berdaftar membantu melancarkan perjalanan ibadah haji dan umrah jemaah. — SINAR HARIAN
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager