TENTERA ISRAEL TAHAN PEMIMPIN PFLP

Last Updated on

8

RAMALLAH: Tentera Israel menahan pemimpin Barisan Pembebasan Popular Palestin (PFLP) dalam satu serbuan di rumahnya di Tebing Barat yang diduduki pada Selasa, lapor agensi berita Anadolu memetik penduduk tempatan.

Tentera menyerbu rumah Ahmed Qatamesh di bandar Al-Bireh dan menahan beliau, kata penduduk itu.

Tidak diketahui apakah sebab beliau ditahan.

Baru-baru ini tentera Israel meningkatkan kempen untuk menahan aktivis Palestin di Tebing Barat.

Kira-kira 5,000 penduduk Palestin termasuk wanita dan kanak-kanak kini di tahan di penjara Israel. — BERNAMA

Leave a Reply