Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LEBIH 12,000 JEMAAH HADIR, SOLAT SUBUH TERPAKSA DIDIRIKAN DUA KALI

DALAM NEGARA

LEBIH 12,000 JEMAAH HADIR, SOLAT SUBUH TERPAKSA DIDIRIKAN DUA KALI

Lebih menarik lagi, solat Subuh secara berjemaah itu terpaksa didirikan dua kali kerana terlalu ramai jemaah yang hadir.

JOHOR BAHRU: Lebih 12,000 jemaah hadir ke Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn, di sini pagi tadi, bagi menunaikan solat Subuh secara berjemaah dalam Program Semarak Subuh.

Lebih menarik lagi, solat Subuh secara berjemaah itu terpaksa didirikan dua kali kerana terlalu ramai jemaah yang hadir.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi yang turut bersama menunaikan solat Subuh secara berjemaah itu berkata, ianya merupakan kali pertama solat Subuh berjemaah terpaksa didirikan dua kali semenjak masjid itu didirikan.

“Syukur Alhamdulillah, lebih 12,000 jemaah hadir mengimarahkan Program Semarak Subuh Johor.

“Semoga kita terus istiqamah dalam perjuangan menegakkan agama Allah SWT,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Terdahulu, Onn Hafiz turut bersolat jemaah di masjid itu bersama Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor Mohd Fared Mohd Khalid serta beberapa pempengaruh seperti Jalil Razak, Acad Rajalawak dan Shahrol Azizie Azmi.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading