Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI MAUT LANGGAR BABI HUTAN

DALAM NEGARA

LELAKI MAUT LANGGAR BABI HUTAN

Seorang lelaki maut setelah motosikal ditunggangnya melanggar seekor babi hutan di kilometer 7.3 berhampiran Kampung Rokan dekat sini pada 7.30 pagi tadi.

TAMPIN: Seorang lelaki maut setelah motosikal ditunggangnya melanggar seekor babi hutan di kilometer 7.3 berhampiran Kampung Rokan dekat sini pada 7.30 pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tampin DSP Amiruddien Sariman berkata semasa kejadian itu, mangsa yang berusia 20 tahun dan menunggang motosikal Yamaha Y15 dalam perjalanan ke tempat kerja di IOI Gemencheh. 

“Mangsa yang bekerja sebagai operator dron itu telah melanggar seekor babi hutan yang menyeberang jalan, lalu lelaki itu tercampak ke atas jalan. Akibat kemalangan terbabit, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mayat mangsa dibawa ke bahagian Forensik Hospital Tampin untuk bedah siasat dan kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading