KUALA LUMPUR: Sebanyak 17,162 naskah Al-Quran diwakafkan orang ramai untuk hospital seluruh negara melalui projek #QuranCorner yang digerakkan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas.
Angka yang dicapai dalam tempoh kurang seminggu itu melebihi sasaran awal 15,000 naskah Al-Quran untuk diwakafkan.
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Marhaini Yusoff berkata, pihaknya amat terharu dengan sokongan padu rakyat Malaysia.
Beliau juga berterima kasih kepada rakan sinergi projek Malaysia #QuranTime dan Wakaf Quran untuk hospital iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), TV AlHijrah, Sinar Harian, Ideaktiv dan Majlis Dakwah Negara.
“Alhamdulillah, semenjak dilancarkan pada petang Jumaat lepas, dalam tempoh enam hari, kita sudah mencapai sasaran jumlah Al-Quran untuk diwakafkan, malah melebihi sasaran 15,000 naskhah yang kita harapkan.
“Sehingga jam 2 petang hari ini, 9 April 2020, wakaf yang diterima adalah sebanyak 17,162 naskhah AlQuran Mu’jam dengan terjemahan perkata dan tajwid berwarna bagi membantu para petugas dan orang ramai berinteraksi dengan al-Quran,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Marhaini berkata agihan berperingkat dilakukan sejak Sabtu lalu kepada semua lokasi sasaran dan #QuranCorner di hospital-hospital diaktifkan.
“Sebanyak 200 naskhah diperuntukkan untuk hospital yang menangani kes COVID-19, 160 naskhah untuk hospital biasa serta pusat kuarantin dan 40 naskhah untuk pusat kesihatan,” katanya.
Marhaini berkata program wakaf Al-Quran itu akan diteruskan sehingga 14 April depan susulan permintaan pusat kuarantin untuk menambah jumlah naskhah Al-Quran diberikan.
Katanya, 2,500 naskah Al-Quran yang telah diterima akan diagihkan kepada pegawai polis, tentera dan petugas barisan hadapan, selain hospital untuk menjadi peneman semasa mereka berehat di antara tugasan.
#QuranCorner adalah ruang yang diletakkan Al-Quran wakaf bagi tujuan “Rehat dan Rawat” melalui pendekatan berinteraksi dengan Al-Quran: baca, faham dan amal nilai serta mesej yang ada dalam Al-Quran.
Ada juga pihak hospital menjadikan #QuranCorner dengan meletakkan Al-Quran di Troli Ibadah rujukan untuk para petugas dan pesakit. — AlHijrah Online/ Syed Azwan Syed Ali
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests