LEBIH 90 PERATUS POPULASI DEWASA TELAH DIVAKSIN

KUALA LUMPUR: Sejumlah 90.02 peratus populasi dewasa telah lengkap divaksin setakat 10 Oktober 2021.

Manakala 94.8 peratus populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Semalam sahaja 129,518 suntikan vaksin diberikan melibatkan 31,932 penerima dos pertama dan 97,586 penerima dos lengkap.

Lembah Klang mencatatkan jumlah tertinggi populasi dewasa lengkap divaksin iaitu 112.1 peratus, diikuti, Labuan 99.1 peratus, dan Negeri Sembilan 98.6 peratus.

Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan kebenaran rentas negeri untuk individu lengkap vaksin selepas negara berjaya merekodkan lebih 90 peratus individu dewasa lengkap vaksin. – AlHijrah Online

Leave a Reply