Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS JANGKA ADA PIHAK GUNA KAD VAKSIN PALSU UNTUK RENTAS NEGERI

DALAM NEGARA

POLIS JANGKA ADA PIHAK GUNA KAD VAKSIN PALSU UNTUK RENTAS NEGERI

GAMBAR PENUTUPAN SJR / AFP

ALOR SETAR: Polis Kedah mengingatkan orang ramai yang belum divaksin supaya jangan cuba mengunakan kad vaksinasi palsu atau dokumen palsu ketika diperiksa pihak berkuasa untuk mengelak dari ditahan.

Ketua Polis Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, pihaknya tidak menafikan cubaan itu mungkin akan ada namun sekiranya ditahan, mereka akan diambil tindakan mengikut Akta 342.

“Mereka yang tidak lengkap vaksin tetapi menggunakan dokumen palsu sekiranya tertangkap tindakan tegas akan diambil terhadap mereka,” katanya.

Beliau berkata, individu yang belum divaksin mungkin akan cuba menggunakan cara itu untuk pulang ke kampung namun pasukan pemantau akan melakukan pemeriksaan secara rawak untuk memastikan semua individu mempunyai lengkap vaksinasi ketika berada di tempat awam.

Katanya empat pasukan pemantau dan dua pasukan akan bertugas setiap hari untuk melakukan pemeriksaan di pasaraya, kedai makan dan hentian lebuhraya untuk memastikan individu lengkap dua dos vaksinasi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sewaktu penutupan sekatan jalan raya (SJR) di Plaza Tol Alor setar Utara, tengah malam tadi.

Dalam pada itu, Ahmad Shukri berkata, tiga SJR iaitu Plaza Tol Alor Setar Utara, Plaza Tol Alor Setar Selatan dan Plaza Tol Hutan Kampung turut ditutup sepenuhnya jam 12 tengah malam. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading