Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LEBIH BANYAK MASJID DAN SURAU AKAN DIBUKA

DALAM NEGARA

LEBIH BANYAK MASJID DAN SURAU AKAN DIBUKA

KUALA LUMPUR: Bilangan masjid dan surau yang dibenarkan untuk solat berjemaah akan ditambah sekiranya Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan berjaya dipatuhi orang ramai.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pemantauan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di masjid dan surau seluruh negara pada hari pertama penambahan jumlah jemaah semalam menunjukkan orang ramai patuh kepada arahan yang ditetapkan.

“PDRM melaporkan pemantauan di masjid-masjid seluruh negara mematuhi SOP yang ditetapkan. Saya yakin dengan pematuhan ini mungkin lebih banyak lagi masjid dan surau akan dibuka,” katanya pada sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Putrajaya hari ini.

Beliau juga memaklumkan perbincangan akan dilakukan bersama dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri agar lebih banyak surau dan masjid dibuka.

“Kita akan bincang dengan Menteri Hal Ehwal Agama supaya dapat membuka lebih banyak masjid dan surau di Wilayah Persekutuan serta berbincang dengan negeri-negeri lain untuk beri kelonggaran.” katanya.

Khamis lalu, Zulkifli memaklumkan bilangan jemaah bagi solat Jumaat dan solat berjemaah dibenarkan sehingga satu per tiga kapasiti masjid dan surau di zon hijau di Wilayah Persekutuan. – AlHijrah Online / Zaim Zamani


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading