Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI CAMPAK TIGA KANAK-KANAK DIPERCAYAI ALAMI MASALAH MENTAL

DALAM NEGARA

LELAKI CAMPAK TIGA KANAK-KANAK DIPERCAYAI ALAMI MASALAH MENTAL

Tindakan lelaki Myanmar yang mencampak tiga anaknya dari jejambat setinggi 20 meter di Lebuh Raya Lingkaran Kedua (MRR2) di Kepong sebelum terjun di tempat sama semalam, dipercayai berpunca daripada masalah mental.

KUALA LUMPUR: Tindakan lelaki Myanmar yang mencampak tiga anaknya dari jejambat setinggi 20 meter di Lebuh Raya Lingkaran Kedua (MRR2) di Kepong sebelum terjun di tempat sama semalam, dipercayai berpunca daripada masalah mental.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata, ibu kanak-kanak yang juga warga Myanmar serta pemegang kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) telah dirakam keterangan semalam.

“Hasil siasatan awal kita percaya suspek mengalami masalah mental menyebabkan dia melakukan perkara itu,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Semalam media melaporkan, lelaki terbabit dan dua anaknya yang berusia enam dan tujuh tahun maut di tempat kejadian manakala seorang lagi mangsa yang dianggarkan berusia lima tahun kritikal.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading