Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI DIKHUATIRI LEMAS DI KUALA KUBU BHARU

DALAM NEGARA

LELAKI DIKHUATIRI LEMAS DI KUALA KUBU BHARU

Mangsa yang terlibat berusia 28 tahun dikhuatiri lemas semasa menjalankan aktiviti riadah di lokasi tersebut.

HULU SELANGOR: Seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika sedang beriadah di Taman Rekreasi Alor Lempah, Kuala Kubu Bharu, di sini pagi tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Selangor Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 7.54 pagi tadi sebelum anggota dan jenteramnya tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 8.01 pagi.

ARTIKEL BERKAITAN – LELAKI DITEMUI LEMAS DI SUNGAI ALOR LEMPAH

Katanya, mangsa yang terlibat berusia 28 tahun dikhuatiri lemas semasa menjalankan aktiviti riadah di lokasi tersebut.

“Bomba sedang menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa di lokasi.

“Unit Scuba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam dan BBP Pelabuhan Klang serta Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) turut berada di lokasi bagi membantu kerja-kerja pencarian mangsa.

Katanya, pencarian mangsa dilakukan di kawasan berarus dengan kedalaman air lima meter.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: LELAKI DITEMUI LEMAS DI SUNGAI ALOR LEMPAH – ALHIJRAH ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading