LELAKI DITAHAN BERSAMA PELBAGAI JENIS DADAH BERNILAI RM227,914
“Pemeriksaan ke atas lelaki itu, polis merampas 100 keping aluminium foil yang mengandungi 1,000 biji pil eramin 5 bernilai RM8,000 di dalam beg silangnya dan dipercayai suspek ketika ditahan mahu menghantar dadah tersebut kepada pembelinya.”
GEORGE TOWN: Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain (tengah) menunjukkan pelbagai jenis dadah yang dirampas pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang hari ini. Jabatan Siasatan Nartotik Pulau Pinang berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah dan menahan seorang lelaki warga tempatan. Pada serbuan tersebut yang dibuat pada 3 April lepas di kawasan George Town, polis merampas pelbagai jenis dadah yang dianggarkan bernilai RM227,914. –fotoBERNAMA
GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang menahan seorang lelaki yang merupakan penagih dan pengedar tegar dadah sebelum merampas pelbagai jenis dadah yang bernilai RM227,914 dalam dua serbuan di Air Itam dan Jelutong di sini pada Isnin.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata bertindak hasil maklumat dan risikan yang dijalankan, polis menyerbu kawasan parkir sebuah apartment di Air Itam pada 12.30 tengah hari dan menahan lelaki berusia 52 tahun itu.
“Pemeriksaan ke atas lelaki itu, polis merampas 100 keping aluminium foil yang mengandungi 1,000 biji pil eramin 5 bernilai RM8,000 di dalam beg silangnya dan dipercayai suspek ketika ditahan mahu menghantar dadah tersebut kepada pembelinya.”
“Susulan penahanan lelaki itu, polis menyerbu sebuah rumah di Jelutong pada 4 petang dan merampas pelbagai jenis dadah iaitu syabu seberat 4,502 gram (g), heroin (982g), ganja (43.3g), ketamin(87.5g), serbuk methylenedioxy-methamphetamine (MDMA)(1,317g), 850 biji eramin 5, ekstasi(1,400 biji) dan pil kuda (800 biji),” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Katanya berdasarkan siasatan lelaki itu menjadikan rumahnya di Jelutong sebagai tempat untuk dia menyimpan dan membungkus semula dadah yang dijualnya.
Mohd Shuhaily berkata siasatan mendapati lelaki yang tidak bekerja itu mendapatkan bekalan dadah daripada pelbagai sindiket sebelum membungkusnya semula dan menjual untuk pasaran tempatan.
Katanya lelaki yang mempunyai 13 rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah itu boleh dikatakan seperti “kedai serbaneka” menjual dadah kerana dia boleh dikatakan memiliki semua jenis dadah yang dijual di pasaran.
“Lelaki itu dipercayai menjual dadah tersebut di pelbagai lokasi mengikut jenis dadah contohnya seperti pil dan MDMA dijual di pusat hiburan sekitar negeri ini kerana mendapat permintaan tinggi pelanggan di situ.”
“Berdasarkan siasatan kami juga mendapati rekod lampau suspek sejak 2014 dan kali terakhir dia dikenakan hukuman pada 2019 di bawah Langkah-langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985, lelaki itu memang penagih dan pengedar dadah tegar serta beberapa kali dikenakan hukuman penjara,” katanya.
Beliau berkata lelaki itu kini direman selama enam hari hingga 9 April bagi membantu siasatan dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Menurutnya semua dadah itu boleh digunakan 31,060 penagih dan susulan penahanan lelaki itu polis menyita sebuah motosikal serta sebuah kereta yang kedua-duanya bernilai RM37,500 dan wang tunai sebanyak RM2,010.
Sementara itu, Mohd Shuhaily berkata polis Pulau Pinang meluluskan 246 permohonan menjual bunga api di negeri itu setakat ini iaitu 61 di daerah Seberang Perai Tengah, 45 di Timur Laut, 28 di Barat Daya, 12 di Seberang Perai Selatan dan 100 di Seberang Perai Utara.—AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked