Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI MAUT KEMALANGAN SEBELUM BERTUNANG

DALAM NEGARA

LELAKI MAUT KEMALANGAN SEBELUM BERTUNANG

Belum sempat melangsungkan majlis pertunangannya, seorang lelaki, Mohd Khairulnizam Abdullah, 25 maut selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya, malam tadi.

Sumber Gambar: Media Sosial

JITRA: Belum sempat melangsungkan majlis pertunangannya, seorang lelaki, Mohd Khairulnizam Abdullah, 25 maut selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya, malam tadi.

Ketika kejadian, Mohd Khairulnizam bersama bakal tunangnya Nurul Syifa Ahmad Shukri, 26 baru selesai menikmati makan malam sebelum pulang ke rumahnya di Kampung Penia, Mukim Malau.

Kedua-duanya sepatutnya melangsungkan majlis pertunangannya pada hari ini (Khamis).

Kemalangan berlaku apabila kenderaan yang dinaiki dipercayai terbabas sebelum terlanggar pokok dan terbalik.

Insiden berlaku pada jam 9.40 malam di Kilometer 20.7 Lebuhraya Utara Selatan, selepas lampu isyarat Asun, di sini.

“Mereka sepatutnya bakal melangsungkan pertunangan esok serta segala persiapan untuk majlis pertunangan sudah dilaksanakan tetapi terlibat dalam kemalangan dan kami reda atas pemergian bakal tunang anak saudaranya, kata bapa saudara kepada Nur Syifa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, pemandu yang ketika itu berada di lorong kanan secara tiba-tiba hilang kawalan menyebabkan kenderaan itu terbabas lalu terlanggar beberapa batang pokok dan terbalik.

“Mangsa disahkan meninggal dunia manakala penumpang hadapan mengalami kecederaan patah paha kanan serta luka di bibir serta telinga dihantar ke Hospital Jitra untuk menerima rawatan.

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Forensik Hospital Jitra untuk tujuan bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading