Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PELAJAR BUKAN ISLAM SPM 8A TERHARU TERIMA PENGHARGAAN MASJID

DALAM NEGARA

PELAJAR BUKAN ISLAM SPM 8A TERHARU TERIMA PENGHARGAAN MASJID

Seorang pelajar berbangsa Cina, Aaron Foo Xiang Jun antara individu yang dirai oleh pihak Masjid Al-Khasyi’in, Taman Desa Petaling berikutan kejayaan cemerlangnya dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022.

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar berbangsa Cina, Aaron Foo Xiang Jun antara individu yang dirai oleh pihak Masjid Al-Khasyi’in, Taman Desa Petaling berikutan kejayaan cemerlangnya dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022.

Aaron Foo yang sebelum ini bersekolah di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Katholik, hadir menerima pengiktirafan tersebut bersama bapanya, Foo Chee San, dalam satu majlis sempena sambutan Ma’al Hijrah peringkat masjid itu, semalam.

Sementara itu, Foo Chee San menghargai usaha pihak masjid dalam meraikan kejayaan anaknya itu.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak masjid atas inisiatif yang sangat bermakna ini,” katanya.

Kisah ini turut dikongsi menerusi laman sosial Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Masjid Al-Khasyi’in sendiri.

“Masjid Al-Khasyi’in, Taman Desa Petaling meraikan saudara Aaron Foo Xiang Jun iaitu salah seorang pelajar Cemerlang SPM 2022 sempena Majlis Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Masjid,” memetik ciapan di akaun Twitter rasmi JAWI.

JAWI dalam ciapan itu turut menyatakan institusi masjid perlu menjadi medan menyuburkan semangat muhibah dan keharmonian dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Keluarga pelajar cemerlang itu merupakan ahli kejiranan masjid tersebut. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading