Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI MENINGGAL DUNIA SEMASA SAKSIKAN PERLAWANAN SABAH FC, JDT

DALAM NEGARA

LELAKI MENINGGAL DUNIA SEMASA SAKSIKAN PERLAWANAN SABAH FC, JDT

Seorang penyokong Sabah FC yang pengsan ketika menyaksikan perlawanan Liga Super antara Sabah FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Likas di sini malam tadi, disahkan meninggal dunia.

KOTA KINABALU: Seorang penyokong Sabah FC yang pengsan ketika menyaksikan perlawanan Liga Super antara Sabah FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Likas di sini malam tadi, disahkan meninggal dunia.

Lelaki berusia 39 tahun itu dilaporkan pengsan pada 8.27 malam sejurus selepas pasukan Sabah FC menjaringkan gol pertama menerusi Jafri Chew pada perlawanan itu.

Sabah FC dalam satu kenyataan di laman Facebook rasmi pasukan memaklumkan, mangsa meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

“Sabah FC turut berdukacita, bersimpati dan sekali lagi memanjangkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga rohnya tergolong dalam para solihin,” menurut kenyataan itu.

Menurut sumber, mangsa telah meninggal dunia ketika tiba di Hospital Queen Elizabeth (QEH) pada 9.30 malam dan punca kematian masih dalam siasatan.

Sementara itu, meninjau di ruangan komen Facebook pasukan Sabah FC, pemilik akaun Facebook ‘Nico Abin’ mendakwa dia telah melakukan prosedur resusitasi kardiopulmonari (CPR) kepada mangsa.

“Sempat beri bantuan CPR kepada beliau semalam…kalau boleh pihak pengurusan kena peka kepada benda-benda macam ini. Banyakkan pemantau di setiap zon supaya keadaan dan bantuan awal dapat membantu,” katanya.

Tiket bagi perlawanan Sabah FC menentang JDT dilaporkan habis terjual dengan lebih 15,000 penyokong memenuhi Stadium Likas malam tadi bagi menyaksikan perlawanan berkenaan menyaksikan tuan rumah tewas 1-5.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading