Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WARGA EMAS DITEMUI MAUT DENGAN KESAN CEDERA DALAM TEKSI

DALAM NEGARA

WARGA EMAS DITEMUI MAUT DENGAN KESAN CEDERA DALAM TEKSI

Seorang lelaki ditemui meninggal dunia dengan kesan cedera di dalam sebuah teksi yang dipercayai miliknya berhampiran Klinik Kesihatan Seberang Takir, pada malam khamis.

KUALA NERUS: Seorang lelaki ditemui meninggal dunia dengan kesan cedera di dalam sebuah teksi yang dipercayai miliknya berhampiran Klinik Kesihatan Seberang Takir, pada malam khamis.

Lelaki tempatan berusia 51 tahun itu ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di bahagian tempat duduk penumpang belakang kenderaan dengan kesan cedera.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu sebelum sepasukan anggota dikerah ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, siasatan di dalam teksi itu mendapati terdapat beberapa kesan kecederaan pada badan mangsa.

Lelaki itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

“Polis turut merampas sebilah pisau di atas pelapik tempat kaki bahagian pemandu.

“Pihak polis juga menahan seorang lelaki berusia 29 tahun untuk membantu siasatan berhubung kejadian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk tindakan lanjut.

Motif kejadian sedang dikenal pasti dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading