Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI OKU MILIKI LIMA REKOD JENAYAH DICEKUP

DALAM NEGARA

LELAKI OKU MILIKI LIMA REKOD JENAYAH DICEKUP

ALOR SETAR: Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) yang dikehendaki polis kerana kes dadah di ibu negara ditahan anggota trafik selepas melanggar lampu isyarat merah di Jalan Stadium, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, tangkapan itu dilakukan ketika anggotanya melakukan rondaan cegah kemalangan dan penguatkuasaan di Jalan Stadium.

Beliau berkata, anggota polis menyedari suspek menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan sebelum melanggar lampu isyarat merah di kawasan itu.

Berikutan itu, anggota polis bertindak mengejar suspek yang cuba melarikan diri namun dia hilang kawalan motosikal yang ditunggangnya lalu melanggar sebuah kereta Perodua Axia.

Ahmad Shukri berkata, suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar untuk tindakan lanjut.

Hasil semakan rekod mendapati lelaki itu dikehendaki Polis Brickfield, Kuala Lumpur bersangkut kes dadah mengikut Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Suspek berusia 39 tahun yang tidak bekerja itu turut mempunyai lima rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

Ahmad Shukri berkata kes diserahkan ke Balai Polis Brickfield untuk tindakan lanjut. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading