HAIDAR DISAHKAN MENINGGAL DUNIA

KABUL: Seorang kanak-kanak lelaki yang terjatuh dan terperangkap dalam sebuah perigi selama tiga hari di perkampungan di Afghanistan, disahkan telah meninggal dunia hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN – KANAK-KANAK AFGHANISTAN TERJATUH, TERSANGKUT DALAM PERIGI

Dalam kejadian Selasa lalu, Haidar, 5, dipercayai terjatuh ke dalam perigi di Shokak, dalam wilayah Zabul, kira-kira 400 kilometer dari barat daya Kabul.

Usaha menyelamat mangsa telah giat dijalankan sejak insiden dan dia masih dilaporkan bernyawa sehingga pagi tadi.

“Dengan penuh rasa dukacita, adik Haidar telah pergi meninggalkan kita buat selamanya,” kata Penasihat Kanan Kementerian Dalam Negeri, Anas Haqqani dalam satu ciapan di Twitter.

Situasi Haidar seakan-akan sama dengan kejadian kira-kira dua minggu lalu yang melibatkan kanak-kanak Maghribi, Rayan Awram, 5, yang terjatuh dan terperangkap lebih empat hari dalam perigi sedalam 32 meter sebelum ditemui dalam keadaan sudah tidak bernyawa.—AlHijrah Online

One comment

Leave a Reply