Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI PUKUL KEPALA PEMANDU WANITA DIREMAN TIGA HARI

DALAM NEGARA

LELAKI PUKUL KEPALA PEMANDU WANITA DIREMAN TIGA HARI

TAPAH: Lelaki yang tular videonya memukul kepala seorang pemandu wanita semasa dalam perjalanan dari Cameron Highlands menuju ke Tapah direman tiga hari bermula hari ini.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Siti Hanun Mohamad Sah di Mahkamah Majistret Tapah bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 323, Seksyen 502 dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan. 

Lelaki berusia 29 tahun yang bekerja sebagai penyelia kilang terbabit ditahan di Serdang, Selangor. 

Siasatan awal polis mendapati kejadian berlaku pukul 5.33 petang kelmarin ketika pemandu wanita itu dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands menuju ke Tapah bersama adik lelakinya yang berusia 17 tahun. 

Wanita terbabit hendak memotong sebuah kereta yang berada di hadapannya namun tidak dapat memotong. 

Tindakan tersebut menyebabkan pemandu lelaki terbabit menunjukkan isyarat lucah.

Lelaki terbabit kemudian telah turun dari kenderaannya dan bertindak mengetuk cermin kereta, memarahi dan memukul kepala pengadu wanita tersebut serta mengeluarkan kata-kata ugutan. — AlHijrah Online / Hamimah Hamid


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading