LELAKI TETAK EMPAT SEKELUARGA KETIKA WAKTU BERBUKA PUASA DIBURU POLIS
Polis sedang memburu seorang lelaki yang disyaki menetak empat ahli keluarganya menggunakan parang ketika waktu berbuka puasa di sebuah rumah di Kampung Sedili Kecil, Kuala Sedili, di sini, Khamis lepas.
KOTA TINGGI: Polis sedang memburu seorang lelaki yang disyaki menetak empat ahli keluarganya menggunakan parang ketika waktu berbuka puasa di sebuah rumah di Kampung Sedili Kecil, Kuala Sedili, di sini, Khamis lepas.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora berkata lelaki itu adalah Mohd Adi Hashim, 38, yang bekerja di sebuah ladang nanas dan beralamat terakhir di No. 1003, Blok 12, Felda Air Tawar 3, di sini.
Beliau berkata kejadian pada 7.11 malam itu menyebabkan isterinya yang berusia 30-an, ibu mentua berusia 50-an, adik ipar perempuan berusia 30-an serta adik ipar lelaki berusia 16 tahun cedera parah.
“Hasil siasatan mendapati, secara tiba-tiba, lelaki itu dipercayai mengamuk dan menetak kesemua mangsa yang berada di dalam rumah menggunakan parang. Ketika kejadian, dua anak lelaki itu masing-masing berusia lima tahun dan dua bulan berada bersama isterinya, namun kedua-duanya tidak cedera.
“Keempat-empat mangsa dirawat di Hospital Kota Tinggi dan berada dalam keadaan stabil. Punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Hussin berkata Pusat Kawalan Daerah Kota Tinggi menerima maklumat awam berhubung kejadian itu melalui panggilan Sistem Tindak Balas Kecemasan Malaysia (MERS) 999 pada 8.22 malam, hari sama.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga denda atau sebat, jika sabit kesalahan.
Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Nurul Syafiqah Khalid di talian 019-5121 568 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi 07-8831 222 atau mana-mana balai polis berhampiran.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager