Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LENGKAP VAKSIN: JANGAN SALAH GUNA KELONGGARAN SEKATAN – KP KESIHATAN

DALAM NEGARA

LENGKAP VAKSIN: JANGAN SALAH GUNA KELONGGARAN SEKATAN – KP KESIHATAN

Sumber Gambar: ARKIB

KUALA LUMPUR: Individu yang telah melengkapkan dua dos vaksin diingatkan supaya tidak menyalahgunakan hak istimewa atau kelonggaran sekatan yang diberikan oleh kerajaan.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sekiranya masyarakat leka, segala kerja keras dan manfaat yang dicapai akan sia-sia serta berkemungkinan menyebabkan negara menghadapi satu lagi “pertempuran” dengan virus COVID-19.

“Kita perlu ingat masih ada sebahagian daripada populasi di negara ini belum divaksin. Mereka ini mudah terkena jangkitan COVID-19.

“Kita perlu memastikan kadar transmisi serendah mungkin bagi mencegah penyebaran varian atau munculnya varian baharu,” menerusi hantaran di Facebook beliau.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham mengingatkan individu yang disahkan postitif COVID-19 atau menjadi kontak rapat supaya segera menjalani pengasingan atau kuarantin agar tidak mendedahkan orang lain terhadap risiko jangkitan.

“Insyaallah kita berusaha dan tawakkal, Allah Maha Penyayang dan melindungi kita,” katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading