Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WANITA MAUT JATUH BANGUNAN SEMASA RAKAM VIDEO TIKTOK

DUNIA

WANITA MAUT JATUH BANGUNAN SEMASA RAKAM VIDEO TIKTOK

ISTANBUL: Seorang wanita berusia 23 tahun maut selepas terjatuh dari bumbung sebuah pangsapuri, di Istanbul, Turki, Jumaat lalu ketika sedang merakam video untuk aplikasi TikTok.

Lapor Agensi Anadolu, detik-detik kematian Kubra Dogan sempat dirakam sepupunya.

Dogan dan sepupunya Helen dilapor ingin melihat dan merakam matahari terbenam dari atas bumbung bangunan tersebut.

Mangsa disyaki terjatuh dari ketinggian 50 meter selepas memijak panel plastik yang tidak dapat menampung beratnya.

Pasukan perubatan dan polis dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan dan mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading