Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ISRAEL SERANG TEHRAN DAN BEBERAPA BANDAR DI IRAN

DUNIA

ISRAEL SERANG TEHRAN DAN BEBERAPA BANDAR DI IRAN

Bunyi letupan dilaporkan kedengaran di dalam dan sekitar Tehran, Iran, ketika media Israel melaporkan rejim Zionis sedang melancarkan serangan terhadap sasaran di Iran.

TEHRAN: Rejim Israel melancarkan serangan udara di ibu negara Iran, Tehran, serta beberapa bandar lain di seluruh negara itu, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

Serangan berlaku awal pagi Jumaat, dengan imej dan rakaman tidak disahkan mula tersebar di media sosial memaparkan langit Tehran diselubungi asap tebal dari beberapa lokasi.

Beberapa gambar menunjukkan kerosakan pada bangunan kediaman di pelbagai kawasan di ibu negara. 

Menurut saksi dan wartawan televisyen kerajaan, antara mangsa yang terkorban termasuk wanita dan kanak-kanak.

Dalam beberapa hari kebelakangan ini, laporan dari media Amerika Syarikat dan Israel menyebut tentang kemungkinan serangan ke atas Iran. 

Susulan itu, pegawai tinggi Iran memberi amaran bahawa sebarang tindakan agresif terhadap wilayahnya akan mengundang akibat yang dahsyat.

Amerika Syarikat sebelum itu memulakan pemindahan kakitangan kedutaan dan ahli keluarga mereka dari rantau itu, susulan maklumat risikan yang menunjukkan Israel merancang untuk menyerang kemudahan nuklear Iran.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Setiausaha Negara AS Marco Rubio menegaskan bahawa tindakan Israel terhadap Iran adalah secara “sepihak” dan Amerika Syarikat tidak terlibat dalam operasi itu.

Ketua Komander Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC), Mejar Jeneral Hossein Salami dilaporkan terbunuh dalam satu serangan. 

Beberapa siri letupan dilaporkan berlaku di loji nuklear Natanz, yang terletak di wilayah Bushehr. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading