MA63: KERAJAAN PERPADUAN BERJAYA SELESAI SEBAHAGIAN BESAR KANDUNGAN PERJANJIAN
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata isu agihan perbelanjaan tahunan serta lantikan wakil Sabah dan Sarawak dalam Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), merupakan antara perkara utama dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang berjaya diselesaikan Kerajaan Perpaduan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tiga, kanan) bersama isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (dua, kanan) menggaul Yee Sang pada Majlis Sambutan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA di Wisma MCA, Jalan Ampang hari ini. — fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata isu agihan perbelanjaan tahunan serta lantikan wakil Sabah dan Sarawak dalam Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), merupakan antara perkara utama dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang berjaya diselesaikan Kerajaan Perpaduan.
Anwar berkata kerajaan juga bersetuju memulangkan kuasa untuk pelaksanaan perbelanjaan bagi pembangunan infrastruktur awam kepada kerajaan Sabah dan Sarawak, menerusi Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri masing-masing.
Beliau berkata selain itu Kerajaan Persekutuan juga akan membiayai projek pembinaan infrastruktur awam di Sabah dan Sarawak, dengan keseluruhan peruntukan diagihkan kepada kerajaan negeri secara bersyarat, iaitu perlu melalui pengawasan dan peraturan kewangan ketat serta dipantau Kementerian Kewangan.
“Sebagai contoh peruntukan tahunan misalnya, Sarawak selama ini hanya menerima RM16 juta dan jumlah berkenaan dianggap tak munasabah bagi mereka.
“Oleh itu, kita buat format dan peraturan bagi meningkatkan peruntukan berkenaan kepada RM300 juta setahun, tertakluk kepada beberapa perincian perjanjian,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) di bangunan KLSCAH di sini hari ini.
Anwar berkata hal tersebut penting untuk diselesaikan, bagi membuktikan yang Kerajaan Perpaduan serius menunaikan janji dimeterai dalam MA63.
Terdahulu, Anwar dalam ucapannya pada majlis itu menegaskan bahawa, sebahagian besar peruntukan dalam perjanjian MA63 yang berlarutan lebih 60 tahun, berjaya diselesaikan semasa mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 yang disertai Ketua Menteri Sabah dan Sarawak, pada Jumaat lalu.
Perdana Menteri berkata ia berjaya diselesaikan menerusi sokongan dan semangat perpaduan semua gabungan politik yang membentuk Kerajaan Perpaduan.
Anwar yang juga Menteri Kewangan menyifatkan, kejayaan menyelesaikan sebahagian besar perkara utama dalam MA63 itu turut didorong oleh ketegasan dan keikhlasan kepimpinan Kerajaan Perpaduan dalam menangani isu berkenaan. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests