SUNGAI PETANI: Isu peningkatan jumlah jenazah khususnya pesakit COVID-19 di hospital di Kedah mendorong Murtadha Dakwah Centre (MADAD) tampil membantu menguruskan proses pengebumian secara percuma.
Pengarah Urusan MADAD, Yaakub Yusra berkata, selain membantu mengurangkan beban ahli kelurga jenazah, usaha itu juga untuk memastikan proses pengebumian dapat dilaksanakan segera dan dikendalikan secara terhormat.
“Sejak peningkatan jenazah berlaku di hospital ia memberi kesan kepada proses pengebumian. Jadi inisiatif secara spontan ini kami ambil untuk membantu pihak hospital menyegerakan proses pengebumian dan tiada sebarang caj dikenakan untuk meringankan beban ahli keluarga jenazah.
“Pengurusan jenazah itu dikendalikan Skuad Pengurusan Jenazah Hang Cangkul diilhamkan MADAD yang terdiri daripada sukarelawan asnaf. Melalui usaha yang digerakkan ini para sukarelawan asnaf turut diberikan upah oleh MADAD jadi mereka insya-Allah bukan sahaja bakal peroleh ganjaran Allah SWT tetapi juga peluang pekerjaan,” katanya.
Pengarah Urusan MADAD, Yaakub Yusra
Menurut Yaakub ketika ini bantuan pengurusan jenazah itu digerakkan di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani, Kedah.
Meskipun bimbang dengan keselamatan diri dan semua sukarelawan, Yaakub berkata mereka sentiasa mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Sementara itu, Yaakub menjelaskan, usaha yang digerakkan MADAD ketika ini selari dengan perancangannya untuk membangungkan fasiliti pusat dakwah 24 jam yang akan turut menawarkan pengurusan jenazah secara percuma serta beberapa lagi perkhidmatan lain.
“Alhamdulillah kalau ikut perancangan melalui MADAD kita akan bangunkan masjid yang beroperasi 24 jam lengkap dengan kemudahan pusat pengurusan jenazah percuma serta kapsul hotel untuk kemudahan para musafir.
“Pembinaan pusat dakwah itu juga nanti akan menjadi turut menawarkan hospitaliti untuk warga emas, asnaf, serta pelajar tahfiz dan mempunyai kemudahan e-sukan yang diminati anak muda masa kini selain fasiliti sukan sunnah,” katanya.
VIDEO PROJEK PEMBANGUNAN MURTADHA DAKWAH CENTRE
Menurutnya, pusat dakwah itu dijangka siap pada tahun 2025 dan kini terpaksa ditangguhkan sementara berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran pandemik COVID-19.
Bagaimanapun pihaknya yakin projek yang menelan kos hampir RM25 juta itu akan dapat disiapkan sebagaimana yang dirancang.
Justeru beliau berharap pusat pembangunan ummah itu kelak akan mendapat sokongan umat Islam seluruhnya.
“Apa yang kita rancang seperti masjid, rumah warga emas, pengurusan jenazah percuma, pendidikan percuma itu semua melibatkan keperluan ummah tiada kepentingan peribadi jadi kita amat harapkan sokongan dan dokongan daripada masyarakat.
“Orang ramai diharap dapat sertai kempen MADAD RM1,000 Wakaf Buat Mak Ayah bagi pembangunan pusat dakwah ini atau boleh juga memberikan sebarang nilai sumbangan mengikut kemampuan,” katanya.
Untuk mereka yang mahu mengejar saham akhirat dengan bersama-sama menjayakan penubuhan Murtadha Dakwah Centre, boleh salurkan sumbangan ke akaun Maybank 5520 5980 7117 atas nama Murtadha Dakwah Centre, atau boleh klik link http://www.madadcentre.com serta boleh juga hubungi nombor hotline 014-601 9090 atau 014- 601 9494. – AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests