Oleh: Dr. Mohd SulaimanPresiden Malaysian Relief Agency (MRA), Dr. Mohd Daud Sulaiman bersama pihak Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam Jelajah Misi Muhibbah di Pulau Mabul, Semporna-Kota Kinabalu bagi membantu pendidikan kanak-kanak tanpa warganegara. – Foto MRA.
BAGI sesetengah rakyat Malaysia, peluang pendidikan yang diterima sangat mudah sehingga akhirnya membawa kejayaan dalam bidang pekerjaan seperti menjawat jawatan penting dalam bidang profesional.
Namun nikmat pendidikan ini bukan dapat dirasa oleh semua pemastautin.
Mereka yang duduk ‘menumpang’ sebagai pelarian di negara ini berasa ketinggalan
dan tertanya mengenai peluang dan harapan mereka dalam pendidikan.
Perkara ini terus menekan mereka apabila Malaysia sendiri tidak memberi
pengiktirafan kepada golongan pelarian disebabkan tidak menandatangani
Konvensyen 1951 dan Protokol 1961 berkaitan orang pelarian di Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB).
Walau bagaimanapun Malaysia secara diplomatiknya tidak pernah menghalang mereka untuk berada di negara kita atas sebab kemanusiaan.
Dalam kekangan itu, kedapatan anak-anak Rohingya yang menjadi pelarian
di semenanjung Malaysia bersungguh-sungguh menuntut ilmu di sekolah pelarian
yang diwujudkan oleh banyak NGO seperti Malaysian Relief Agency (MRA). Ini
kerana menyedari peluang untuk mereka mengenal ilmu perlu diberikan walaupun
sekadar asas sahaja.
Kanak-kanak Pulau Mabul yang berpeluang mendapat pendidikan melalui misi oleh NGO Malaysia. – Foto MRA
Dalam usaha memberi pendidikan ini, MRA cawangan Sabah dalam siri Jelajah Misi
Muhibbah yang bekerjasama dengan Fakulti Kemanusiaan, Seni & Warisan,
Universiti Malaysia Sabah (UMS) sebagai rakan pelaksana misi kemanusiaan dan
pendidikan yang diadakan di Pulau Mabul, Semporna dan di Kota Kinabalu.
Dr. Badariah Saibeh, pensyarah dan pengkaji mengenai isu pendidikan dan kewarganegaraan di Pulau Mabul, memaklumkan bahawa ramai anak kecil yang bukan warganegara yang berada di sana tercicir dalam bidang pendidikan, dan ini sangat membimbangkan kerana tanpa pendidikan isu sosial dilihat menjadi masalah utama jika tidak dibendung.
Tanpa kewarganegaraan mereka tidak mempunyai peluang untuk bersekolah. Tidak
dinafikan sebelum ini terdapat beberapa NGO dan orang perseorangan di Pulau
Mabul membina sekolah dan memberi peluang pendidikan kepada mereka.
Usaha oleh pelbagai pihak termasuk NGO dan orang perseorangan sangat perlu dalam merangka strategi menangani masalah pendidikan golongan pelarian. Foto MRA
Namun apabila melihat isu pendidikan lebih besar daripada masalah kewarganegaraan yang wujud, suatu usaha untuk mengatasi masalah ini perlu difikirkan sebijaksana mungkin.
Justeru itu MRA dan pihak UMS bercadang untuk mengadakan sebuah pusat komuniti yang lebih besar fungsinya agar anak-anak terpinggir ini menerima peluang yang lebih besar dari sudut pendidikan, peluang kemahiran dan pendidikan sosial.
Cikgu Ali, satu-satunya tenaga pengajar di Mabul Kids Education School
(MKES) yang mendidik hampir 80 orang kanak-kanak tanpa warganegara di Pulau
Mabul memberi contoh kepada usaha murni yang menjadi satu titik perjuangan
yang cukup baik untuk memberikan
kesedaran buat anak-anak di situ menikmati satu lagi kehidupan yang lebih baik.
Dalam suasana sekolah yang sangat usang tanpa apa-apa kemudahan asas,
Cikgu Ali tetap tekad meneruskan sesi pembelajaran buat anak-anak Pulau Mabul.
Kelas yang diadakan hanya sebelah malam bergantung kepada minyak diesel untuk
menghidupkan generator.
Pendidikan tidak seharusnya terhad oleh batas sempadan kerana ia keperluan asas setiap manusia. Foto MRA
Jika Cikgu Ali dapat meneruskan perjuangannya dalam mendidik masyarakat, pihak bertanggungjawab seharusnya lebih peka dalam hal ini.
Ketepikan agenda politik dalam usaha memberi harga kemanusiaan yang sangat besar buat anak-anak terpinggir ini. Anak-anak kecil ini tidak akan tahu betapa indahnya kehidupan ini tanpa pendidikan yang sempurna.
Sekurang-kurang berilah mereka peluang mengenal huruf kecil perjuangan
ilmu. A, B & C! Huruf kecil untuk anak terpinggir.
* Dr. Mohd Daud Bin Sulaiman adalah Presiden Malaysian Relief Agency (MRA).
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.