Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MAIS PANTAU KETAT 14 AJARAN SESAT AKTIF DI SELANGOR

DALAM NEGARA

MAIS PANTAU KETAT 14 AJARAN SESAT AKTIF DI SELANGOR

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sentiasa memantau ketat 14 ajaran sesat yang dikenal pasti masih aktif di negeri ini.

SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sentiasa memantau ketat 14 ajaran sesat yang dikenal pasti masih aktif di negeri ini.

Pengerusi MAIS Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata antaranya adalah ajaran Millah Abraham@ Ibrahim, Al-Arqam@Rufaqa’, Qadiani@Ahmadiah dan fahaman Syiah.

Beliau berkata orang ramai yang curiga atau keliru mengenai sesuatu ajaran, perlu segera merujuk kepada MAIS dan mereka juga boleh menghubungi Bahagian Penguatkuasaan JAIS untuk tindakan lanjut.

“Selain itu, saya nasihatkan kepada sesiapa yang mengetahui atau mendapat makluman mengenai ajaran-ajaran ini dan (ia) dibuat secara rahsia sulit serta… dilaksanakan di tempat yang sukar untuk dihubungi, kebiasaannya ia adalah ajaran sesat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (PIBK) 2022 di Auditorium Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, hari ini.  

Abdul Aziz berkata orang ramai juga boleh merujuk kepada 97 PIBK yang berdaftar di bawah MAIS jika mempunyai kesangsian tentang mana-mana ajaran.

Semalam, media melaporkan kumpulan ajaran sesat Millah Abraham yang dikesan kewujudannya beberapa tahun lepas dipercayai kembali aktif, susulan beberapa pengikut termasuk seorang selebriti lelaki mendedahkan pernah terjebak dengan kumpulan berkenaan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading