KUALA LUMPUR: Kerajaan Perpaduan bersetuju meneruskan beberapa bantuan yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2023 sebelum ini dengan penambahan baik dari segi jumlah serta dipercepatkan tempoh pembayarannnya.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan berkata ia termasuk Bantuan Tunai Rakyat yang akan diteruskan dengan pembayaran Fasa 1 mula disalurkan pada Januari 2023 berbanding Mac sebelum ini.
“Bayaran Fasa 1 ini akan memanfaatkan hampir 9 juta penerima dengan peruntukan RM2 bilion melibatkan kadar RM300 bagi setiap isi rumah dan RM100 ringgit untuk penerima bujang.
“Saya berharap, penyaluran awal ini dapat membantu meringankan beban yang ditanggung rakyat pada waktu ini,” katanya ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 pada Persidangan Penggal Pertama, Parlimen ke-15 di sini hari ini.
Selain itu, kerajaan juga akan meneruskan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 kepada semua murid pada Januari ini, tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa, selain Bantuan Kebajikan Masyarakat kepada isi rumah miskin, warga emas dan OKU juga diteruskan.
Sementara itu, dalam memastikan kebajikan para pekebun kecil dan getah semasa musim tengkujuh, Anwar berkata kerajaan bercadang untuk menyalurkan bantuan tambahan sebanyak RM200 kepada pekebun kecil getah bagi Januari 2023.
“Setakat ini, Kerajaan telah pun menyalurkan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) bagi November dan Disember dengan bantuan keseluruhan RM600 ringgit kepada hampir 320,000 pekebun kecil getah,” katanya.
Dalam perkembangan lain, kerajaan akan meneliti rancangan untuk menambah peruntukan dalam pengurusan bencana dan banjir berikutan keadaan banjir yang dialami dilihat lebih parah daripada jangkaan awal.
Menurut Perdana Menteri, peruntukan sebanyak RM400 juta telah disalurkan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebelum ini sebagai kesiapsiagaan awal di kawasan-kawasan banjir dan memberi jaminan akan menyediakan sumber kewangan tambahan sekiranya perlu.
Katanya pelbagai agensi kerajaan juga sudah berada di lapangan bagi mengerakkan jentera untuk membantu rakyat.
Rang Undang-Undang itu kemudianya diluluskan Dewan Rakyat tanpa dibahaskan.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager