MAKLUM SEGERA KEPADA PETUGAS TH SEKIRANYA KAD NUSUK HILANG
Ketua Rombongan Haji Malaysia Mohd Hisham Harun berkata sebagai langkah bantuan, TH akan mengeluarkan kad pengenalan sementara serta salinan visa haji bagi memudahkan urusan pergerakan dan ibadah jemaah di Tanah Suci.
MAKKAH: Jemaah haji Malaysia bagi musim 1446H/2025M diminta memaklumkan kepada petugas Tabung Haji (TH) sekiranya berlaku kehilangan Kad Nusuk untuk membolehkan tindakan segera diambil.
Ketua Rombongan Haji Malaysia Mohd Hisham Harun berkata sebagai langkah bantuan, TH akan mengeluarkan kad pengenalan sementara serta salinan visa haji bagi memudahkan urusan pergerakan dan ibadah jemaah di Tanah Suci.
“Pengenalan diri sementara seperti salinan visa haji akan diberikan untuk digunakan jemaah haji ketika ke masjid atau berada di luar kawasan hotel atau maktab,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat TH di sini.
Beliau menegaskan hanya jemaah memiliki visa haji yang sah dibenarkan memasuki kawasan Makkah dan Masjidil Haram, dengan pemeriksaan akan dilakukan oleh pihak berkuasa Arab Saudi di beberapa pos kawalan ditetapkan.
“Sehubungan itu, jemaah haji diingatkan agar sentiasa membawa bersama Kad Nusuk khususnya ketika keluar dari kawasan penginapan atau semasa menuju ke Masjidil Haram bagi mengelakkan sebarang kesulitan,” katanya.
Sementara itu, Mohd Hisham berkata Malaysia mencatat sejarah sebagai negara pertama berjaya mengedarkan Kad Nusuk kepada jemaah haji di tanah air, seawal di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hasil kerjasama strategik antara TH, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi serta syarikat pengendali Mashariq Holdings (Mashariq).
Beliau berkata inisiatif itu membolehkan jemaah Malaysia memulakan perjalanan haji mereka dengan lebih teratur dan lancar.
“Bagi jemaah yang belum menerima Kad Nusuk, jangan bimbang kerana kad tersebut akan diedarkan di Makkah selepas proses pencetakan selesai. TH bersama pihak Mashariq kini sedang mengenal pasti jemaah yang masih belum menerimanya,” katanya.
Beliau turut mengingatkan semua jemaah haji Malaysia untuk sentiasa mematuhi segala peraturan dan arahan ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi demi kelancaran keseluruhan operasi haji musim ini.
Kad Nusuk yang diperkenalkan Arab Saudi sejak tiga tahun lepas berperanan sebagai dokumen rasmi pengenalan diri yang membantu memudahkan jemaah haji dari seluruh dunia untuk memasuki Masjidil Haram di Makkah, Masjid Nabawi di Madinah serta tempat-tempat ibadah haji lain ketika mengerjakan Rukun Islam kelima itu.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked