Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KANAK-KANAK 12 TAHUN DITEMUKAN LEMAS DI KOLAM TAKUNGAN AIR

DALAM NEGARA

KANAK-KANAK 12 TAHUN DITEMUKAN LEMAS DI KOLAM TAKUNGAN AIR

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Aidi Sham Mohamed berkata polis menerima makluman awal daripada orang awam mengenai insiden itu pada 5.12 petang.

PUTRAJAYA: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun ditemukan lemas di sebuah kolam takungan air berdekatan jejambat di Presint 17, Putrajaya pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Aidi Sham Mohamed berkata polis menerima makluman awal daripada orang awam mengenai insiden itu pada 5.12 petang.

Beliau berkata kanak-kanak itu berjaya dijumpai oleh orang awam yang melalui kawasan tersebut dan dibawa ke Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.

“Pemeriksaan telah dijalankan oleh doktor bertugas yang mengesahkan kanak-kanak itu telah meninggal dunia.

“Bedah siasat akan dijalankan esok pada Selasa jam 8 pagi,” katanya ketika dihubungi.

Aidi Sham berkata siasatan awal mendapati kanak-kanak itu bersama dua lagi rakannya mandi-manda di kolam tersebut.

Beliau berkata satu kertas siasatan berkaitan kematian mengejut telah dibuka susulan insiden itu. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading