MALAYSIA, JERMAN MAHU BEKERJASAMA DALAM BIODIVERSITI, EKOLOGI DAN PERUBAHAN IKLIM
Anwar berkata Presiden Jerman Frank-Walter Steinmeier telah menunjukkan minat dalam bidang-bidang tersebut dan berharap usaha ini akan dapat membawa lebih ramai pelabur ke negara ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman bersama Presiden Jerman Frank-Walter Steinmeier selepas sesi sidang media yang berlangsung dalam kunjungan hormat Presiden Jerman di Pejabat Perdana Menteri, Perdana Putra hari ini. –fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Malaysia berhasrat untuk bekerjasama dengan Jerman dalam bidang biodiversiti, ekologi dan perubahan iklim, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata Presiden Jerman Frank-Walter Steinmeier telah menunjukkan minat dalam bidang-bidang tersebut dan berharap usaha ini akan dapat membawa lebih ramai pelabur ke negara ini.
“Kita boleh memulakan kerjasama ini dengan memfokuskan dahulu dalam sektor tenaga dan pengurusan sisa,” katanya dalam sidang media bersama Steinmeier di Perdana Putra di sini hari ini.
Anwar juga berharap lawatan Steinmeier ke Kuching, Sarawak esok, akan memberikan peluang kepada beliau untuk melihat komitmen Malaysia dalam melindungi hutan hujannya.
“Esok beliau akan pergi ke alam semula jadi dan (melihat) perlindungan iklim di sana dan berharap beliau akan dapat melihat sejauh mana komitmen Malaysia, dalam melindungi hutan hujan dan bertukar pandangan bersama pakar di Sarawak,” katanya.
Steinmeier, yang dalam lawatan negara tiga hari ke Malaysia bermula semalam, dijadualkan untuk melawat Taman Negara Tanah Lembap Kuching dan Pusat Hidupan Liar Semenggoh di Kuching esok, sebelum berlepas pulang ke Berlin.
Sementara itu, Steinmeier berkata Malaysia dan Jerman mahu meningkatkan kerjasama dua hala dan berkongsikan komitmen dalam menangani perubahan iklim.
“Hari ini bercakap pasal politik, esok mengenai perlindungan iklim,” katanya dan menambah yang beliau amat gembira untuk ke Sarawak untuk melihat komitmen Malaysia dalam melindungi hutan hujan.
Semalam, Kementerian Luar dalam kenyataan memaklumkan lawatan Steinmeier itu akan memberikan peluang terbaik kepada Malaysia dan Jerman untuk mengukuhkan lagi hubungan baik serta kerjasama pelbagai bidang antara kedua-dua negara.
Lawatan negara terakhir melibatkan presiden Jerman ke Malaysia ialah 26 tahun lepas iaitu pada April 1997.
Jerman merupakan rakan dagangan terbesar Malaysia dalam kalangan negara Kesatuan Eropah (EU). Pada 2022, nilai dagangan Malaysia dengan Jerman berjumlah RM59.87 bilion, meningkat sebanyak 10.9 peratus berbanding RM53.99 bilion (US$13.03 bilion) pada 2021. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.