MENU RAHMAH: KENYATAAN AHLI PARLIMEN KAPAR CETUS SALAH FAHAM, HINA OKU – RAS ADIBA
Kenyataan Ahli Parlimen Kapar Dr Halimah Ali yang mengaitkan Menu Rahmah dengan risiko kesihatan seperti autisme, boleh memberi pemahaman yang salah kepada masyarakat selain menghina komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia, kata Datuk Ras Adiba Radzi.
KUALA LUMPUR: Kenyataan Ahli Parlimen Kapar Dr Halimah Ali yang mengaitkan Menu Rahmah dengan risiko kesihatan seperti autisme, boleh memberi pemahaman yang salah kepada masyarakat selain menghina komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia.
Ahli Dewan Negara Senator Datuk Ras Adiba Radzi yang kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan semasa sesi perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat itu, berharap agar wakil rakyat Perikatan Nasional berkenaan dibawa ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen Malaysia untuk tindakan selanjutnya.
“Kenyataan YB (Yang Berhormat) Dr Halimah Ali tanpa fakta dan data sains telah memberikan pemahaman yang salah kepada masyarakat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ras Adiba berkata autisme atau Autism Spectrum Disorder (ASD) merupakan satu bentuk kekurangan keupayaan dari aspek neurologi yang mengakibatkan masalah dari segi perkembangan bahasa, tingkah laku serta pertuturan yang melibatkan kanak-kanak dan bukannya penyakit fizikal.
Katanya autisme boleh dikenal pasti pada tahap awal pembesaran kanak-kanak bermula usia satu hingga tiga tahun dan mula ketara apabila umurnya meningkat 6 tahun.
Antara faktor penyebab ialah ciri-ciri genetik, sejarah keluarga, usia dan keadaan fizikal ibu semasa mengandung, jarak antara kandungan serta keadaan ketika hamil dan kelahiran bayi.
Katanya Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan satu daripada 100 kanak-kanak di seluruh dunia menghidap autisme, manakala berdasarkan statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat hingga 30 Jun 2022, seramai 36,601 individu di negara ini disahkan mempunyai autisme termasuk 24,748 di bawah umur 12 tahun.
“Justeru, saya menyeru agar Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pembangunan Wanita, Kebajikan dan Masyarakat supaya dapat menyegerakan penubuhan Majlis Autisme Kebangsaan, manakala Jabatan Pendaftaran Klinikal Austime perlu memperkenalkan pelaporan wajib bagi kes-kes austime di Malaysia.
“Selain itu, Klinik Subfertili di bawah Lembaga Pendudukan dan Pembangunan Keluarga Negara harus dilibatkan dalam mengatasi masalah austime dalam kandungan (bayi) dan perbanyakkan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Autisma Berkefungsian Tinggi (PPDK HFA) di seluruh negara bagi mengembangkan potensi kanak-kanak autisme,” katanya.
Beliau turut menyeru agar semua pihak dapat menjaga dan menghormati sensitiviti golongan OKU di negara ini. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests